Friday, April 27, 2018

RESEPI PUDING ROTI GULA HANGUS

ASSALAMUALAIKUM...

Harini mama sangat rajin nk buat kuih sikit untuk minum petang. Kebetulan BABY AYDAN tidur nyenyak sangat tengahari td, mama ambil peluang tu cepat2.

Puding ni memang express habes,bahan-bahan pun tak perlu susah-susah. Guna aje apa yang ada kat dapur.

RESEPI PUDING GULA HANGUS MAMA

Bahan-bahan
1. 3 buku roti (nak guna roti gardenia pun boleh)
2. 4 sb gula pasir
3. 4 sb susu pekat manis
4. Setengah tin susu cair (tak ada stok jadi mama tak masukkan pun)
5. 5 biji telur
6. Esen vanilla
7. Pewarna kuning (tak letak pun tak apa)
8. Sedikit air
9. 4 sb gula (untuk dijadikan gula hangus)

***BLENDER SEMUA BAHAN 1 HINGGA 8***

Cara-cara
Panaskan 4 sb gula sehingga sedikit kuning. Yang ni kena beringat jangan bg warna gelap sangat. Terlalu hangus gula nanti pahit...

Masukkan sedikit sahaja air dan kacau sehingga sebati. Hati-hati sebab memercik ni. Panas..

Tuang gula hangus ke dalam loyang kukusan. Letakkan loyang ke dalam periuk kukus.

Tuang bahan yang telah diblender.

Kukus sehingga masak. Biasanya dalam 40 minit camtu. Tips: cucuk puding dengan lidi sate pastikan tidak melekat.

Siaapppp....

Sejukkan dan hidang...

No comments:

Post a Comment