Sunday, April 29, 2018

RESEPI TART TELUR

Arini sambil bersilat dengan baby AYDAN, mama is teringin nak cuba buat tart telur viral yang guna kuali tu.

Baby AYDAN pulak 2 hari ni tak cukup tidur, asyik tidur-tidur ayam je.. Cukup dua bulan umur selera tidur pun dah berubah ye? Ekekekeh

So, inilah kejadiannya... Oklah jugak.. Resepi mama cedok yang sedang viral dalam facebook sekarang. Alaaah, yang post dalam MASAK APA HARI NI tu lah. Resepinya sangat mudah dan sedap. Cuma kalau suka manis boleh lah lebihkan gula tu.




Kudapan di petang hari..alang alang tengok stok marjerin ada banyak kita buat Tart Telur Kuali Melting..hehe..sangat sedap simple mudah guna bahan bahan yang ada kat dapur je..ni guna kuali bakar atas dapur gas je...
Tart Telur Melting Pakai Kuali
-2cawan tepung gandum
-1/2cawan marjerin
-secubit garam
-telur sebiji
*gaul tepung,marjerin,garam hingga rata
*masuk telur dan uli hingga jadi doh
*bentuk doh seperti tart shell buat ikut permukaan kuali..bentuk kan
biar agak berlekuk dekat bahagian tengah untuk tuang inti@filling
*bahagian tepi2 tart tu kita bentuk pakai garfu je..
*kalau kuali agak kecil boleh buat 2kali bakar..
*tart shell tu tak perlu bakar dulu nnt tuang filling baru bakar
Inti Tart@Filling(ni pun simple2 guna apa yg ada kat dapur je)
-1 1/2 cawan susu cair
-3biji kuning telur sahaja(pusat telur kita buang untuk elak bau telur)
-esen vanila 2,3titik
-garam secubit
-tepung jagung 1sudu besar
-tepung kastard 1sudu besar
-gula 4-5sudu
-pewarna kuning sikit
*campurkan semua dan whisk hingga tak berketul@blender pun boleh
*tuang adunan ke dalam doh tart tadi
*bakar di atas dapur gas(tutup kuali dengan tudung periuk)
*api kecik je bakar 30-40minit..bila inti dah gelembung@pejal tu dah
masak la tu..
*nak bentuk kan doh dan bakar dalam loyang pun boleh
*jangan risau nanti masak tart tu tak melekat eh..
***tips nak senang keluarkan tart dari kuali potong dulu satu slice baru keluarkan dari kuali
Kredit: fb RAJA AMANINA

PETUA HILANGKAN SAKIT GIGI

Malam tadi PAPA AINNUR dan AYDAN mengadu sakit gigi. Memang dah lama giginya rosak tapi belum ada masa lagi untuk jumpa doktor gigi. (Sebenarnya mama pun tak pasti sebab sibuk atau sebab takut hihihu)

SAKIT GIGI ni tak boleh nak dibuat main. Orang yang jenis cool penyayang romantik pun boleh bertukar watak kalau dapat sakit gigi ni.

Kena pulak kalau TAKUT nak jumpa doc gigi. Aduhai...

Sekali dah sakit gigi, usahkan nak buat kerja, nak makan tak boleh, nak tidur tak boleh, jalan salah, baring salah, berdiri salah, orang lain gelak kuat pun rasa nak marah, tv pasang kuat pon salah, pendek kata semuanya serba tak kena. ( yang tersenarai ni bukan papa depa yang buat, papa depa baguih kihkihkuh)

Jadi mama nak bagi tips atau petua untuk hilangkan atau kurangkan sakit gigi.

1. AKAR POKOK BUNGA RAYA PUTIH
Ambil sedikit, tumbuk dan letakkan pada gigi yang sedang sakit. Kalau gigi berlubang, letak di dalam tempat yang berlubang.



2. CENGKIH
Tumbuk dan letakkan pada gigi. Kalau gigi berlubang letak di dalam tempat berlubang kemudian padatkan.



3. ESEN VANILLA
Letak esen vanilla pada putik kapas dan sapu. Kalau berlubang letak putik kapas dalam gigi berlubang.






4. SODA BIKARBONAT
Sapu atau letakkan pada gigi yang berlubang/rosak.



5. SERBUK CAP KAKI TIGA
Uli kapas pada serbuk dan sapu atau masukkan kapas ke dalam tempat berlubang



6. LISTERINE
Kumur dengan listerine



7. UBAT GIGI
Letak ubat gigi pada gigi rosak



8. GOSOK GIGI BERSIH-BERSIH
Kadang gigi sakit sebab ada sisa makanan terlekat. Gosok gigi bersih-bersih..



9. MOUTHWASH ORADEX
Boleh beli di farmasi. Buat kumur.



10. AIR GARAM
Berkumur....



11. UBAT TAHAN SAKIT
Panadol pon boleh.



11. CABUT
Sila lah pergi klinik cabut gigi yg rosak tu. Hahaha... Kalau degil taknak cabut sila refer petua 
yang terakhir tu... Kihkihkuh

12. AYAM GOLEK, PULUT KUNING DAN TELUR
Buat pengeras. 
Heheheehe. Yang ni mama main-main aje...
Boleh lah cuba ye...

Daaaaa....

Friday, April 27, 2018

RESEPI PUDING ROTI GULA HANGUS

ASSALAMUALAIKUM...

Harini mama sangat rajin nk buat kuih sikit untuk minum petang. Kebetulan BABY AYDAN tidur nyenyak sangat tengahari td, mama ambil peluang tu cepat2.

Puding ni memang express habes,bahan-bahan pun tak perlu susah-susah. Guna aje apa yang ada kat dapur.

RESEPI PUDING GULA HANGUS MAMA

Bahan-bahan
1. 3 buku roti (nak guna roti gardenia pun boleh)
2. 4 sb gula pasir
3. 4 sb susu pekat manis
4. Setengah tin susu cair (tak ada stok jadi mama tak masukkan pun)
5. 5 biji telur
6. Esen vanilla
7. Pewarna kuning (tak letak pun tak apa)
8. Sedikit air
9. 4 sb gula (untuk dijadikan gula hangus)

***BLENDER SEMUA BAHAN 1 HINGGA 8***

Cara-cara
Panaskan 4 sb gula sehingga sedikit kuning. Yang ni kena beringat jangan bg warna gelap sangat. Terlalu hangus gula nanti pahit...

Masukkan sedikit sahaja air dan kacau sehingga sebati. Hati-hati sebab memercik ni. Panas..

Tuang gula hangus ke dalam loyang kukusan. Letakkan loyang ke dalam periuk kukus.

Tuang bahan yang telah diblender.

Kukus sehingga masak. Biasanya dalam 40 minit camtu. Tips: cucuk puding dengan lidi sate pastikan tidak melekat.

Siaapppp....

Sejukkan dan hidang...